test

Thursday, April 4, 2013

Rembau Most Wanted


 Waris (kiri) dan rakan duet Juzzthin. Gambar sumber google

Gaya nyanyian dan sebutan penyanyinya juga tidak ubah seperti artis rap kulit hitam, yang sememangnya memang sinonim dengan genre muzik terbabit.

lagu rap Rembau Most Wanted memang menjadi pilihan ramai penyampai radio, begitu juga peminat yang leka mendengar irama yang boleh dianggap cepat menangkap perhatian ini. Apatah lagi apabila dipersembahkan dalam bahasa Inggeris dan loghat Negeri Sembilan, ia memang irama yang catchy.

Rap sendiri bukan genre yang mudah untuk dikuasai. Tanpa bakat dan kesungguhan, belum tentu ia mampu dipersembahkan dengan mudah oleh sebarangan penyanyi. Anak muda yang dikenali sebagai Waris, 24, yang kini cukup popular dengan lagu terbabit, amat faham situasi ini.

Biarpun tanpa bimbingan formal daripada mana-mana penggiat muzik rap tanah air, tetapi bakat baru ini mencari jalan sendiri untuk menguasai genre terbabit. Demi kecintaan dan minat mendalam, Waris berusaha mempelajari teknik dan lenggok penyampaian lagu berirama sedemikian menerusi laman Youtube.

Berpandukan lagu dimuat naik ke laman terbabit, dia mempraktikkan sebutan bagi menguasai irama sebegitu. Usahanya berhasil apabila jejaka ini akhirnya mampu menghasilkan lagu rap sendiri, Rembau Most Wanted, yang kemudian dimuat naik ke YouTube.


Baju dalam kalis rogol dicipta


Pakaian dalam dihasilkan penuntut kejuruteraan India 
didakwa mampu menghalang jenayah seksual itu. Sumber Google
 
'Baju dalam antirogol ' hasil ciptaan sekumpulan penuntut kejureteraan di India, dikatakan mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan. Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang.

Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa. 

Wednesday, April 3, 2013

Kisah gadis Tarzan


gambar sumber google

Kisah kehidupan luarbiasa diceritakan oleh seorang suri rumah, di mana beliau telah mendedahkan pengalamannya menjadi 'gadis Tarzan' ketika kecil.

Marina Chapman, menceritakan bagaimana sekumpulan monyet jenis capuchin menjaganya di dalam hutan selama lima tahun selepas dia ditinggalkan di hutan itu ketika berusia empat tahun. Beliau berkongsi pengalamanya di dalam buku hasil nukilanya, The Girl With No Name: The Incredible True Story of the Girl Raised by Monkeys, yang disiarkan secara bersiri oleh akhbar The Mail

Sekumpulan monyet telah mengajarnya kelangsungan hidup dalam hutan termasuk mencari makanan, berkomunikasi, memanjat dari satu dahan ke satu dahan dan tidur di atas pokok.

Marina Chapman memberitahu, Segalanya berlaku dengan pantas dalam sekitar tahun 1950-an. Ketika itu beliau melihat lelaki memegang kain putih dan kemudian dia terbau bahan kimia yang sangat kuat. Selepas itu dia tidak lagi sedar apa yang berlaku.

Sehinggalah beliau terjaga, Marina Chapman mendapati dirinya berada di dalam sebuah trak bersama beberapa kanak-kanak lain sebelum dibuang ke dalam hutan oleh lelaki yang tidak dikenali.

Hari kedua waktu berada di dalam hutan, dia terjaga dan berasa sangat lapar, namun berasa terkejut selepas mendapati sekumpulan monyet mengelilinginya.

Pada mulanya kumpulan monyet itu melihatnya dalam keadaan pelik, namun haiwan itu tidak menyerang, tetapi mendekati dirinya.

Disebabkan monyet tersebut memiliki makanan, Marina Chapman sedar dia perlu mengikuti cara haiwan itu untuk terus hidup atau dia akan mati kerana kelaparan.

Marina Chapman memberitahu, beliau dari hari ke hari  menunggu ibu bapanya datang untuk menyelamatkan dia, namun mereka tidak muncul. Harapannya semakin lama semakin hilang, malah beliau berasa selesa bersama kumpulan monyet itu. 

Beberapa tahun di dalam hutan, beliau mula berani meneroka kawasan lebih jauh daripada kebiasaannya sehingga bertemu dengan kumpulan manusia yang menghuni pinggir hutan dan akhirnya tinggal bersama keluarga tersebut.

Marina Chapman mengakui dia mempelajari banyak perkara di dalam hutan, terutama sekali mengenai kehidupan berkeluarga, kasih sayang dan perhatian. 

Yang menarik semua di sini...