test

Wednesday, August 11, 2010

Kehadiran PATI dan penyalah gunaan dokumen peribadi

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah tentang kehadiran warga asing PATI (pendatang asing tanpa izin) sangat membimbangkan rakyat Malaysia dan juga pihak kerajaan. Segelintir PATI yang ada di Malaysia ini rasanya mereka begitu kebal dengan undang-undang yang ada. 
    Apa yang menakutkan kita juga ialah penyalah gunaan maklumat peribadi rakyat Malaysia dengan kata lain ialah memiliki dokumen peribadi (MyKad) individu tanpa sah. Jika ini berlaku ianya boleh membawa kesusahan kepada pemilik asal dokumen tersebut. Dan juga apa yang membimbangkan pihak berkuasa ialah apabila PATI memiliki pengenalan yang tidak sah dan dengan mudah dapat memohon apa2 jenis kemudahan yang terdapat di negara ini.  Baca dan hayatilah jika kes-kes seperti ini sudah berlaku.............

Warga asing jaga 30 senjata api


WAN ZAKARIA menunjukkan beberapa kad pengenalan palsu yang 
dirampas pada operasi di Pandan Perdana, Kuala Lumpur semalam





Seorang wanita warga Indonesia yang ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam bukan sahaja memiliki kad pengenalan palsu malah turut memiliki lesen membawa senjata api dan bekerja menjaga lebih 30 senjata api di sebuah syarikat kawalan keselamatan di sini.
Wanita yang dikenali sebagai Ana itu ditahan dalam operasi bersepadu JPN dan Jabatan Imigresen Putrajaya bersama suami dan lima rakannya, juga warga Indonesia di Jalan Perdana, Pandan Perdana di sini semalam.
Operasi yang disertai seramai 22 orang anggota penguat kuasa serta pegawai itu menahan Ana serta suami dan rakan-rakannya pada pukul 2 pagi.
Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, Ana didapati bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan di sini menggunakan kad pengenalan palsu.
“Nombor kad pengenalan dan maklumat dirinya tiada dalam rekod JPN.
“Sangat menyedihkan apabila dia berjaya bekerja di dalam bidang kritikal iaitu menjaga lebih 30 senjata api dan berjaya mendapat lesen membawa senjata api menggunakan kad pengenalan palsu,” kata Wan Zakaria ketika ditemui pemberita semalam.
Sumber : Kosmo 11Ogos 2010

5 comments:

deem said...

siapa yg patut dipersalahkan?sesetengah org mungkin memandang ringan pasal kes2 macam ni...hmmm macam mana org2 seperti itu mendapat lesen dan kebenaran untuk bekerja dibidang itu...musykil2

Wanzie said...

@deemnO KOMEN .. kita serahkan pada pihak berkuasa siasat....

deem said...

yep..wait n see.biar pihak yang lebih berkuasa dan lebih arif yang membuat keputusan seterusnya...:)

nur aisya humaira said...

kuatkuase kt negare kte still lgi low...

De'din said...

nak buat macam mana..
rakyat malaysia x minat bab2 tu

btw, salam ramadhan

mohon maaf andai pernah melakukan kekhilafan sepanjang mengenali anda di bdunia blog ini!

semoga ramdhan kali ini lebih bermakna

Yang menarik semua di sini...