Cerita aku nak kongsi ni pengalaman mandi kat tempat perkelahan paling best di Malaysia yang terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Air Terjun Jelawang Jungle. Sebut saja nama Air Terjun Jelawang Jungle siapa saja akan mengetahui kewujudannya (
bagi yang pernah pegi le, kalau belum pernah pergi maka tak kenal), tempat ini amat terkenal di Negeri Kelantan . Air Terjun Jelawang Jungle juga dikenali sebagai Taman Negara Gunung Stong". Kebiasanya pelancong dari negara luar yang datang ke sini tidak melepaskan peluang untuk mendaki ke puncak gunung Stong.....
Kepada sesiapa yang berada diluar kawasan ini, anda boleh datang dengan menaiki keretapi, motor sungai (motobot) dan kenderaan darat seperti kereta sendiri atau dengan bas... Kalau naik keretapi hentiannya ialah di Stesen Dabong, bagi yang hendak rasa perjalanan melalui air bolehlah naik motobot di Kuala Krai dan turun di Dabong...... Sesiapa yang hendak pergi dengan kereta sendiri atau bas boleh terus aje parkir kereta dekat Gunung Stong....... wah detail tu......
Mengikut cerita orang2 yang selalu datang sini, Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,443 meter merupakan satu puncak tertinggi di negeri Kelantan..... Kalau datang sini memang best...... Terdapat 7 peringkat air terjun yang terdapat di sini dengan ketinggian 303 meter dari aras laut..... tinggi tu..... Ia merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Bagi yang minat mendaki, anda akan melalui kawasan ini sepanjang pendakian.....
Sesiapa yang tidak berminat hendak mendaki ke puncak Gunung Stong atau Gunung Ayam, sudah cukup berkelah di bawah saja... di bawah pun boleh berkhemah juga.... Bagi yang minat mendaki boleh berkhemah di puncak air Terjun Gunung Stong iaitu di Kem Baha.... Perjalanan hendak ke kem Baha lebih kurang 3 jam (kira jalan macam nak pegi pasar ler) kalau jalan macam kena kejar sesuatu aku rasa lagi awal sampai....
Jadi aku hanya boleh cerita panjang lebar di bahagian bawah saje.... sebab kat puncak aku tak pernah naik... so kalau hendak tahu tentang keadaan selanjutnya di atas anda kena naik sendiri............
bagi yang tak berani melintasi anak sungai melalui bawah boleh ler naik jambatan gantung....
kebiasaan di bawah sentiasa orang penuh..... minggu cuti
wah memang best kalau dapat mandi kat sini........
apalagi sedang mencari tempat nak buat terjunan ler ni...........
ya dah jumpa dah..... kawasan amat sesuai untuk mandi.. tapi berhati2 airnya sangat dalam...
kalau nak tahu berapa dalamnya .... mandi ler sendiri... sebab aku tak turun pun
tengok tu semua dah ambil port untuk berkhemah........
Kalau sesiapa nak tahu lebih lanjut lagi tentang tempat ini, datang ler sendiri merasai suasananya... aku hanya boleh cerita suasana di bawah saja... di atas puncak masih banyak tempat yang menarik perlu di lihat....