test

Thursday, April 28, 2011

Akhlak di majlis keraian

        
Kita hidup bermasyarakat dan berbilang bangsa dan kaum. Dalam hidup bermasyarakat kita tidak boleh lari dari apa-apa majlis terutamanya majlis keraian. Tujuan keraian diadakan sebagai langkah memperingati satu-satu peristiwa. Oleh itu kita seharusnya menjaga akhlak di majlis keraian yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak.
       Bagi mencapai matlamat yang diingini dan majlis yang diadakan berjalan dengan lancar maka akhlak ini perlu diambil berat oleh semua. Ini adalah bagi melahirkan rasa kemesraan, kegembiraan, merapatkan lagi tali persaudaraan dan mencapai tujuan serta kehendak majlis keraian itu. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa di majlis keraian adalah:

a). Memberi salam semasa melangkah masuk ke dalam majlis keraian itu.

b). Bersalam dengan semua hadirin ditemui di dalam majlis tersebut. Manakala bagi lelaki hendaklah bersalaman dengan kaum lelaki sahaja dan kaum wanita bersalaman dengan wanita sahaja.

c). Kepada hadirin yang tidak dapat kita bersalaman, seeloknya kita memberi isyarat seperti mengankat tangan apabila terpandang ini untuk mengelakkan mereka rasa tidak diketepikan.

d). Jika tuan rumah atau wakilnya menujukkan tempat duduk kita haruslah duduk dimana tempat yang telah disedikan ini adalah untuk menjaga perasaan tuan rumah.

e). Jika tempat duduk di hadapan telah penuh, kita hendaklah ke barisan berikutnya.

f). Jangan duduk di antara dua orang kerana ini tidak menggangu atau memutuskan perbualan mereka melainkan diizikan olehnya.

g). Jika terdapat orang ketiga diantara kita, janglah sesekali berbisik-bisik dengan seseorang ini kerana ingin menjaga perasaan orang ketiga.

h). Jika kita meninggalkan majlis sementara waktu atas sesuatu hal, sewaktu kembali semula ke majlis itu seeloknya kita duduk kembali di tempat asal.

i). Ketika hendak meninggalkan majlis, kita hendaklah memohon izin tuan rumah atau tetamu berada disebelah kita.

j). Setelah selesai majlis atau sebelum meninggalkan majlis, kita seharusnya mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah.

Oleh yang demikian, setiap majlis akan berjalan lancar apabila setiap orang mengamalkan adab-adab serta menjaga akhlak ketika berada di majlis tersebut. 



4 comments:

Cikgu Idris said...

Akhlak mulia budaya kita :)

Wanzi said...

@Cikgu Idris jika tiada akhlak maka rosaklah jiwa raga....

qellissa said...

kadang2 rimas dgn sikap org yg takde adab kat majlis2 ni..kalau da dtg lambat tp hegeh2 nak duduk kat depan..haisshh

Amyna said...

Akhlak mencerminkan peribadi individu.. so pepandai la menjaganya.. kann kan!

Yang menarik semua di sini...