test

Thursday, April 28, 2011

Jarak Jelas

Gambar 1: Fokus utama objek dekat  menggunakan lensa Nikkor 50mm f/1.8D

Gambar 2 : Fokus utama objek jauh manakala abjek dekat 'blur' menggunakan lensa Nikkor 50mm f1.8D

Jarak jelas - Objek yang berada di depan atau di belakang objek utama akan menjadi pudar dalam gambar. Luasnya kawasan yang jelas itu, di panggil jarak jelas kebelangkangan.


Jika objek lebih dari satu, jarak jelas perlu dikawal untuk satu-satu pengambaran. Sekiranya objeknya ada dua tetapi berbeza jarak dengan lense kita, sebagai contoh kita fokus kepada objek yang berhampiran dengan kita maka objek jauh akan menjadi pudar. Begitu juga sebaliknya, jika kita fokus objek yang jauh maka objek yang dekat akan pudar.

Apabila objek yang kita fokus itu jauh dengan ini jarak jelas boleh menjadi luas. Ini berpandukan jenis lense yang kita gunakan pendek (single zoom) seperti lensa bidang luas (wide angle) ataupun kerana aperture lense dibuka kecil. Ini menyebabkan pandangan mata lensa itu luas atau jarak jelasnya luas.

Kita perlu berhati-hati bila mengambil gambar objek jarak dari jarak dekat, begitupun objek jarak jauh tidak selalu terlibat dengan masalah ini. Apa-apa pun itu semua atas bijak pandai anda semasa merakam sesuatu gambar.

Beberapa lense yang sesuai untuk wide angle.

1. Nikon 14mm f/2.8D ED AF Nikkor Super Wide Angle Lens 


Harga pasaran : RM5,480.00

2. Nikon 24mm f/1.4G AF-S Nikkor ED Wide Angle Lens



Harga Pasaran : RM6,750.00


3. Nikon 35mm f/1.4G AF-S NIKKOR Wide-Angle Lens
Harga Pasaran : RM5,599.00


4. Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX Wide Angle Auto Focus


Harga Pasaran : RM885.00


5. Nikon 50mm f/1.4G AF-S Auto Focus Nikkor Lens
Harga Pasaran : RM1,980.00


6. Nikon 50mm f/1.8D AF Nikkor Autofocus Lens

Harga Pasaran : RM420.00

No comments:

Yang menarik semua di sini...