test

Saturday, April 9, 2011

Kes belasah guru lagi.....

gambar sumber pakcik google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca laman ini.

Hari ini rasanya pakcik nak bercoloteh sikit. Kepada yang berminat boleh teruskan membaca dan kepada yang tak berapa berminat boleh teruskan tugas masing-masing. Apa yang ingin pakcik timbulkan sini ialah masalah gengsterisem dikalangan pelajar2 sekolah. Pakcik pun tak faham semenjak dua menjak ni macam kes melibatkan pelajar sekolah. Kes yang terbaru berlaku pada bulan ini, dari sedutan sebuah akhbar tempatan bahawa seorang pelajar telah menumbuk gurunya sehingga patah hidung guru tersebut. Jika kita renungkan sejenak apakah dosa guru tersebut sehingga dilakukan sedemikian. Kepada adik-adik yang masih bergelar pelajar, kamu mesti ingat bahawa guru itu adalah pelita hidup kamu. Jangan sesekali kamu memadam api pelita itu. Jika kamu memadam cahaya pelita itu, bermakna kamu telah memadam cahaya masa depan kamu. 
(hehehe bemadah lah pula pakcik ni)
Daripada apa yang telah berlaku, ingin pakcik kongsikan sedikit ilmu cara kita bagaimana hendak menghormati guru-guru kita. 


Cara-cara pelajar menghormati guru

          Pakcik suka ingatkan, bahawa guru adalah orang yang mulia di sisi Allah S.W.T dan kemuliaan ini diberi oleh Allah S.W.T kepada mereka lantaran usaha mereka memberi bimbingan dan panduan yang sempurna bagi memudahkan seseorang itu mencapai  kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Guru adalah insan yang bertanggungjawab memberi pendidikan dan membentuk pelajar-pelajar yang berilmu pengentahuan dan berhemah tinggi. Bagi mewariskan satu generasi yang terus membangunkan tamadun insan berdasarkan sifat kemanusiaan yang hakiki dan dengan itu mereka telah memikul satu tanggungjawab yang berat dibahu mereka untuk melaksanakan tugas sebagai guru. Guru yang mencorak dan mewarnakan generasi yang akan datang dan disamping itu guru juga yang menentukan generasi yang akan datang nanti menjadi harta yang sangat bernilai dalam membangunkan masa depan umat.

sumber pakcik google

          Betapa besarnya peranan dan tanggungjawab guru dan pendidik dengan ini sudah tiba masanya para pelajar menghargai mereka dan mengenang segala jasa dan sumbangan mereka. Pelajar hendaklah mengetahui hak-hak guru yang perlu dipenuhi terlebih dahulu untuk menyatakan penghargaan kepada mereka. Pelajar hendaklah menunaikan tanggungjawab terhadap guru yang telah berusaha tanpa mengira penat dan lelah semasa mendidik mereka. Beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk mengambarkan  sebagai satu penghormatan kepada guru mereka ialah:

1). Semasa menerima pengajaran dan nasihat guru, pelajar mesti sentiasa menunjukkan sikap bersedia.

2). Apabila bertemu dengan guru dahulukan dengan ucapan salam terlebih dahulu.

3). Untuk tidak menyinggung perasaan guru, para pelajar mestilah gunakan bahasa yang baik dan sopan semasa becakap dengan mereka.

4). Sentiasa merendah diri dengan guru dalam mana-mana keadaan seperti semasa menanyakan tentang pelajaran yang tidak difahami.

5). Jangan sesekali memanggil guru dengan panggilan buruk kepada guru disebabkan watak atau keperibadian mereka.

6).  Menerima teguran dan nasihat guru kerana semua itu amat besat nilai dan faedahnya bagi kehidupan pelajar.

7).  Jangan sesekali bersikap kurang senang dengan mereka, lindungi kekurangan itu dengan kita sendiri berusaha memantapkan apa juga kekurangan terhadap ilmu yang disampaikan.

8). Jika ingin mendapat perhatian guru, tegurlah mereka dengan cara yang baik dan sopan.

9). Jangan sesekali memotong percakapan guru semasa mereka sedang menyatakan suatu, berikan perhatian dengan penuh minat dan khusyuk.

10). Semasa berada di dalam kelas atau majlis yang dikendalikan oleh guru, para pelajar mestilah sentiasa berwajah manis  apabila berhapadapan mereka.

11).  Buangkan sebarang perasaan marah dan dendam terhadap guru.

Oleh yang demikian, penghormatan yang diberikan kepada guru akan menjadikan mereka berasa gembira dan bangga kepada para pelajar yang dididik mereka. Dengan cara ini memudahkan guru-guru memberi tunjuk ajar dan pelajaran kepada setiap pelajar disamping itu akan menimbulkan suasana pendidikan yang lebih menyakinkan.

sumber google




5 comments:

nelly said...

ish2 ...

=='

nice entry ..buat kempen
hehhe

gurucyber said...

kesian .... bukan senang nak menjadi guru nie...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huhu..mcm2 kes..cikgu belasah budak.budak belasah cikgu.

ummi danial said...

as-salam,em mmg takut ngenangkan bdk2 jaman skrg ni terlampau berani sgt...

Fantastic Ajane said...

zaman sekarang rasa hormat kat guru da makin nipis..:(

Yang menarik semua di sini...