test

Saturday, December 17, 2011

9 cara mengenang jasa ibu bapa



Pepatah mengatakan, "Kasih ibu sepanjang hayat, kasih ayah semasa ada." Setiap insan dilahirkan melalui rahim ibu. Mengenang jasa ibu bapa adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap anak. Jasa ibu bapa tidak dapat dibalas walau dengan menggunakan semua harta yang ada. Sesungguhnya kasih sayang mereka sudah terserlah daripada janin di dalam kandungan lagi. Anak-anak semestinya menerima dan mengenang semula kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada mereka. Semua kekayaan yang kita miliki ini tidak sama nilainya dengan satu titisan air susu ibu.


Antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk mengenang jasa ibu bapa seperti berikut:

  • Bagi menampung keperluan harian mereka, kita mesti sentiasa berusaha untuk memperuntukkan sebahagian daripada gaji atau pendapatan bulanan kita kepada mereka, ini bertujuan untuk meringgankan lagi beban perbelanjaan mereka.
  • Tentukan kesihatan yang terkawal dan baik terhadap kedua ibu bapa.
  • Berusaha memberi keselesaan yang sewajarnya kepada mereka. Bagi menguruskan kehidupan yang baik kepada mereka dengan menyediakan pembantu (bagi yang mampu).
  • Mengelakkan mereka merasa bosan sepanjang menjalani hidup di usia tua, kita seharusnya sentiasa membawa mereka pergi bersiar-siar.
  • Menghulur sumbangan memenuhi tuntutan ibadah ibu bapa yang belum tertunai seperti menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Fardu Haji ke Makkah, tunjukkan bahawa diri kita orang yang pertama memberi bantuan seperti ini kepada mereka.
  • Teruskan amalan baik yang pernah mereka lakukan semasa hidup di dunia.
  • Memanfaatkan harta tinggalan mereka ke jalan yang sebaik-baiknya.
  • Berdoa kepada mereka, dengan memohon agar dipanjangkan usia andainya mereka masih ada lagi.
  • Kepada ibu bapa yang sudah tiada, kita hendaklah sentiasa mendoakan agar roh mereka supaya diletakkan dalam golongan orang yang dikasihi.

Kita harus ingat, bahawa anak-anak yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengenang jasa ibu bapa akan diberikan ganjaran istimewa oleh Allah S.W.T kelak. Kesimpulannya, jasa yang disumbangkan oleh ibu bapa adalah sangat besar ertinya dan amat sukar untuk dinilai. 

2 comments:

Alieza Dayasari said...

dan kena selalu mendoakan kesihatan kedua-dua org tua kita.....
miss my dear mom...

Wanzi said...

@Alieza DayasariYa kita kena selalu doakan kepada kedua ibu bapa kita..

Yang menarik semua di sini...