test

Tuesday, December 27, 2011

Perkara yang harus kita tahu semasa berada dalam kenderaan awam


Kita seharusnya mempunyai akhlak yang mulia agar tidak menimbulkan sebarang masalah kepada diri kita mahupun orang lain sekeliling kita sewaktu dalam perjalanan. Ini kerana kita perlu bersabar menunggu giliran dan tidak berebut-rebut ketika menaiki kenderaan awam

Sekiranya kita suka berebut-rebut semasa hendak menaiki bas, keretapi atau mana-mana kenderaan awam hanya kerana ingin menentukan mendapat tempat duduk tanpa mempedulikan orang lain. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti pentengkaran, pergaduhan dan sebagainya. Beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kita ketika hendak menaiki atau berada dalam kenderaan awam ialah:


  • Beratur terlebih dahulu dan sebaiknya kita dahulukan orang yang lebih tua, OKU dan dalam keadaan uzur.
  • Dahulukan dengan membaca doa semasa hendak menaiki kenderaan.
  • Sentiasa  mengingati dan memuji nama Allah S.W.T semasa berada dalam kenderaan.
  • Kita juga seharusnya sedar bahawa setiap orang perlukan keselesaan dan kita perlu mewujudkan keselesaan tersebut.
  • Jangan kita mementingkan diri sendiri dan seharusnya sedar bahawa bukan kita sahaja yang perlu cepat ke destinasi dengan cepat, orang lain begitu juga.
  • Orang tua, orang yang cacat, perempuan hamil dan orang tua, kita hendaklah memberi keutamaan kepada mereka. Sebaiknya beri keselesaan kepada mereka seperti memberi laluan dan sebagainya.
  • Jaga pandangan kita, duduk dengan tenang dan jangan meliarkan pandangan hingga menimbulkan kecurigaan kepada penumpang yang lain.
  • Jaga adab semasa bercakap dengan kawan, bersembanglah dengan nada suara yang perlahan.
  • Banyak perkara yang baik boleh kita lakukan semasa dalam kenderaan awam, seperti ambil kesempatan untuk membaca apa sahaja bahan bacaan bagi menambah ilmu pengetahuan.
  • Kebersihan hendaklah dijaga bersama. Jangan membuang sampah sesuka hati.
  • Sekiranya kita sudah sampai ke destinasi, turun dari kenderaan dengan dan tidak tergopoh gapah.
  • Sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah S.W.T ketika turun daripada bas, keretapi mahupun mana-mana kenderaan awam kerana Allah S.W.T telah menyelamatkan perjalanan dan melindungi daripada segala bencana.
Kesimpulannya, mengamalkan akhlak yang mulia ketika berada di dalam bas mahupun kenderaan awam yang lain serta dapat memberikan keselesaan kepada penumpang yang lain.  Dan juga, sikap saling menghormati penumpang yang lain juga akan mewujudkan suasana yang aman dan tenang terutamanya untuk perjalanan yang jauh.

3 comments:

bluedianthus said...

Yang ni dulu selalu tak dapat naik bas, sebab ramai yang takde kesedaran sivik...huhu

Aida Omar said...

bila kita ikut peraturan bukan diri kita je senang tapi turut menyenangkan orang lain.. jadi hidup perlu ada peraturan seperti peraturan menaiki kenderaan awam ini.. :)

duan said...

kadang-kadang kita yang ikut adab tapi orang lain tak pon..last2 kita pon jadi marah..terigt dlu2 naik bas mini..

Yang menarik semua di sini...