test

Friday, April 29, 2011

Perkahwinan Diraja Putera William dan Kate Middleton

Putera William dan Kate Middleton berkahwin di Westminster Abbey sebentar tadi dalam majlis diraja yang disiarkan ke seluruh dunia. Sebelum upacara melafazkan ikrar, Middleton, "rakyat biasa" pertama yang akan berkahwin dengan seorang putera yang hampir dengan takhta dalam tempoh 350 tahun, berjalan perlahan sambil disaksikan hadirin seramai 1,900 orang. Ketika mereka bertemu di altar, William membisik sesuatu kepada Middleton dan beliau tersenyum. Pasangan itu dikahwinkan oleh Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams. Middleton memakai baju pengantin sutera dan satin serta tiara yang dipinjamkan Ratu Elizabeth dan cincin pertunangan yang pernah dipakai ibu William, Puteri Diana.  Ratu Elizabeth serta kerabat diraja lain, David dan Victoria Beckham, Elton John serat Perdana Menteri, David Cameron, adalah antara orang kenamaan dan selebriti yang hadir. 

















Hapuskan Rasuah


ALLAH melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya,” (riwayat Ahmad)
Sebuah hadis yang menunjukkan bahawa perbuatan rasuah adalah sangat dikutuk keras oleh Allah dan Rasul-Nya.
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka”. (riwayat At Tirmidzi)
Maka timbul persoalan mengapa tidak lakukan pendekatan lebih manusiawi melalui program-program latihan atau pendidikan moral/akhlak khusus diberikan kepada kakitangan awam atau kepada mereka yang selama ini amat terdedah kepada rasuah.
Namun yang lebih menimbulkan persoalan para rasuah adalah terdiri daripada kakitangan awam dan mereka yang berkelulusan tinggi dan berpendapatan tinggi juga?
Malah ramai di kalangan ini mereka sudah menunaikan haji dan melakukan umrah berulang kali. Namun mengapa perlu rasuah?
Hukuman paling berat kepada pelaku rasuah selama ini adalah penjara. Itu andainya dapat dikesan dan dibawa kepada pengadilan?


Namun dahulunya penjara tempat yang paling menakutkan, kini ia berubah fungsi menjadi rumah persinggahan yang aman.
Antara sebabnya, sudah ramai banduan yang berlatar belakang kalangan orang yang terhormat.
Namun jika anda melakukan rasuah, pastinya anda tidak akan dapat tidur sepanjang malam, tidak akan pernah lena malah diganggu juga dengan pelbagai mimpi yang kurang enak, hatta gambaran seksaan tuhan atas perbuatan munafik itu.
Sebagai pelaku rasuah itu juga anda akan diburu rasa bersalah kerana akibat perbuatan keji ini telah menyebabkan rakyat yang lain, yang tidak bersalah mengalami penderitaan lahir dan batin.
Sudahlah hidup serba kekurangan dengan pendapatan yang tidak pernah bertambah walaupun sekuat mana usaha dan kudrat ditumpahkan untuk mencari rezeki di jalan yang halal. Namun akibat rasuah, harga barangan keperluan hidup melambung tanpa ada sebarang alasan yang masuk akal.
Semakin teruk apabila diburu juga perasaan takut apabila malaikat maut menjemput pergi di saat harta rasuah melimpah dalam simpanan yang haram. Sempatkah anda bertaubat?
Sedangkan Rasulullah pernah berpesan: “Seseorang yang hanya menyembunyikan hatta sebatang jarum yang bukan miliknya atau sejengkal tanah yang diambil secara paksa daripada pemiliknya pasti hukuman berat menanti di akhirat kelak”
Dibalun dan dibakar yang raungan tidak akan mendapat simpati penjaga neraka.
Akan rasa bersalah juga kepada pelaku rasuah bahawa memberikan hasil rasuah sebagai sumber rezeki kepada dirinya, ahli keluarga terutama anak-anak dan kemudian larut dalam tubuh mereka, maka menjadi darah yang haram; bukankah itu bererti si orang tua itu telah memberikan jalan kepada syaitan dan iblis untuk memasuki di segenap urat saraf di anak?
Lalu apabila al-Quran dirujuk dan dihayati akan isi kandungannya, maka terjumpalah kita akan ayat yang sangat indah dan mampu mengekang sebarang perlakuan jenayah terutamanya rasuah itu sendiri, iaitu surah an-Nisaa’ ayat 146-147 yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmat-Nya) serta kamu beriman (kepada-Nya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
Tidak cukup al-Quran, ambillah pengajaran daripada hadis Rasulullah yang menyebut; Ciri-ciri orang yang disebut munafik itu ada tiga, apabila berkata-kata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberikan amanah, dia mengkhianatinya (sekalipun dia mengaku solat, berpuasa dan mengaku mukmin). (riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah sebenarnya bimbang mengenai gejala rasuah ini, lalu antara jalan keluar yang baginda sarankan sebagaimana hadis bermaksud: “Barang siapa yang diberikan suatu jawatan sedang dia tidak mempunyai rumah, maka berikan rumah untuknya, apabila tidak mempunyai isteri, maka kahwinkan dia, apabila dia tidak mempunyai pembantu, maka berikanlah dia pembantu dan apabila tidak mempunyai kenderaan, maka sediakanlah kenderaan untuknya. Kerana barang siapa yang mengambil sesuatu selain itu, maka dia adalah pengkhianat”. (riwyaat Ahmad)
Kebimbangan baginda itu sangat berasas kerana definisi rasuah itu adalah sebagaimana Rasulullah sebutkan dalam hadis: “Barang siapa yang kami angkat menjadi pegawai dengan tugas-tugas tertentu dan telah kami berikan upah sebagaimana yang semestinya maka apa yang dia ambil luar daripada apa yang telah diberikan, itu namanya pengkhianatan (rasuah)”. (riwayat Abu Daud).
Tahukah anda, Rasulullah sendiri seorang pemimpin yang juga sangat terdedah kepada pelbagai tawaran untuk melakukan rasuah? Namun baginda amat menjaga dirinya daripada terjerumus ke kancah yang sangat keji ini kerana antaranya doa orang melalukan rasuah tidak akan pernah dikabulkan Tuhan. (At-Taubah: 80)
Pelbagai kisah diceritakan bagaimana baginda menahan dirinya dari perbuatan rasuah. Ini termasuklah baginda puteri kesayangan baginda, Fatimah Az Zahra memohon daripada ayahandanya untuk meminjam salah seorang wanita tawanan untuk membantunya menguruskan hal-hal rumah tangga disebabkan Fatimah sendiri tidak sihat.
Permintaan itu serta merta ditolak oleh Rasulullah dengan alasan bahawa tawanan harus ditebus terlebih dahulu untuk kepentingan pendapatan negara. Atau mungkin sebenarnya wanita itu layak dibebaskan.

Thursday, April 28, 2011

Akhlak di majlis keraian

        
Kita hidup bermasyarakat dan berbilang bangsa dan kaum. Dalam hidup bermasyarakat kita tidak boleh lari dari apa-apa majlis terutamanya majlis keraian. Tujuan keraian diadakan sebagai langkah memperingati satu-satu peristiwa. Oleh itu kita seharusnya menjaga akhlak di majlis keraian yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak.
       Bagi mencapai matlamat yang diingini dan majlis yang diadakan berjalan dengan lancar maka akhlak ini perlu diambil berat oleh semua. Ini adalah bagi melahirkan rasa kemesraan, kegembiraan, merapatkan lagi tali persaudaraan dan mencapai tujuan serta kehendak majlis keraian itu. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa di majlis keraian adalah:

a). Memberi salam semasa melangkah masuk ke dalam majlis keraian itu.

b). Bersalam dengan semua hadirin ditemui di dalam majlis tersebut. Manakala bagi lelaki hendaklah bersalaman dengan kaum lelaki sahaja dan kaum wanita bersalaman dengan wanita sahaja.

c). Kepada hadirin yang tidak dapat kita bersalaman, seeloknya kita memberi isyarat seperti mengankat tangan apabila terpandang ini untuk mengelakkan mereka rasa tidak diketepikan.

d). Jika tuan rumah atau wakilnya menujukkan tempat duduk kita haruslah duduk dimana tempat yang telah disedikan ini adalah untuk menjaga perasaan tuan rumah.

e). Jika tempat duduk di hadapan telah penuh, kita hendaklah ke barisan berikutnya.

f). Jangan duduk di antara dua orang kerana ini tidak menggangu atau memutuskan perbualan mereka melainkan diizikan olehnya.

g). Jika terdapat orang ketiga diantara kita, janglah sesekali berbisik-bisik dengan seseorang ini kerana ingin menjaga perasaan orang ketiga.

h). Jika kita meninggalkan majlis sementara waktu atas sesuatu hal, sewaktu kembali semula ke majlis itu seeloknya kita duduk kembali di tempat asal.

i). Ketika hendak meninggalkan majlis, kita hendaklah memohon izin tuan rumah atau tetamu berada disebelah kita.

j). Setelah selesai majlis atau sebelum meninggalkan majlis, kita seharusnya mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah.

Oleh yang demikian, setiap majlis akan berjalan lancar apabila setiap orang mengamalkan adab-adab serta menjaga akhlak ketika berada di majlis tersebut. 



Dara samseng!!!!!

gambar hiasan: sumber google

Apa sudah jadi dengan remaja sekarang ini. Dahulu  bila sebut saja perempuan sudah terbayang dengan sikap lemah lembut dan sopan santunnya. Tetapi sekarang ini lain pula jadinya. Dan ini tidak berlaku kepada semua wanita hanya segelintir sahaja dan buka sahaja berlaku pada wanita tetapi lelaki pun ada yang terlibat sama. Aku pun tidak pasti kenapa mereka  sampai sanggup bertindak sedemikian rupa. Adakah mereka betul-betul ingin kebendaan atau mahu saja ingin menunjukkan kehebatan diri mereka kepada umum. 
Seperti kes yang terbaru aku baca diakhbar hari ini, dimana seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun telah dipukul oleh beberapa samseng perempuan di sebuah pasaraya,  dia turut dipijak oleh kumpulan pelajar berkenaan yang berusia 16 hingga 17 tahun. Hanya kerana kes tegur mereka sanggup bertindak diluar batasan. Dimana silapnya... fikir-fikirlah sendiri...

untuk selanjutnya sila baca diakhbar hari ini


Panas...Panas...

Pagi ini heboh pasal video seks kedua .  Dimana-mana akhbar yang  aku baca semuanya mencerita kisah video seks panas kedua ini. Aku pun tidak berapa pasti dan tidak memihak kepada sesiapa pun, cuma ingin kesahihan semua itu. Dan semua sumber ini aku dapat dapat dari akhbar-akhabr tempatan dan beberapa website.


Berbeza dengan video seks sebelum ini, video kali ini tidak memaparkan bahasa Thailand, namun memaparkan tarikh dan masa rakaman yang jelas, iaitu pada 21 Februari 2011 antara jam 10.43 malam hingga 10.45 malam. 


Paparan video siri kedua itu menunjukkan lelaki yang sama dengan lelaki dalam video pertama yang mula tersebar pada 4 April lalu, memakai tuala sambil memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban. 



Kali ini, paparan berkenan dipercayai pada babak akhir dengan lelaki terbabit memakai semula pakaiannya, manakala wanita itu berjalan ke bilik air dalam keadaan bogel. 

Video itu bagaimanapun dipadam dari Youtube pada jam 6.30 petang kerana dipercayai melanggar syarat dan terma Youtube. Namun, sehingga malam video berkenaan masih boleh dimuat-turun di beberapa laman web. Beberapa web yang aku singgah semuanya cerita pasal ini seperti www.papagomo.com

untuk selanjutnya korang bolehlah baca diakbar hari ini....







Jarak Jelas

Gambar 1: Fokus utama objek dekat  menggunakan lensa Nikkor 50mm f/1.8D

Gambar 2 : Fokus utama objek jauh manakala abjek dekat 'blur' menggunakan lensa Nikkor 50mm f1.8D

Jarak jelas - Objek yang berada di depan atau di belakang objek utama akan menjadi pudar dalam gambar. Luasnya kawasan yang jelas itu, di panggil jarak jelas kebelangkangan.


Jika objek lebih dari satu, jarak jelas perlu dikawal untuk satu-satu pengambaran. Sekiranya objeknya ada dua tetapi berbeza jarak dengan lense kita, sebagai contoh kita fokus kepada objek yang berhampiran dengan kita maka objek jauh akan menjadi pudar. Begitu juga sebaliknya, jika kita fokus objek yang jauh maka objek yang dekat akan pudar.

Apabila objek yang kita fokus itu jauh dengan ini jarak jelas boleh menjadi luas. Ini berpandukan jenis lense yang kita gunakan pendek (single zoom) seperti lensa bidang luas (wide angle) ataupun kerana aperture lense dibuka kecil. Ini menyebabkan pandangan mata lensa itu luas atau jarak jelasnya luas.

Kita perlu berhati-hati bila mengambil gambar objek jarak dari jarak dekat, begitupun objek jarak jauh tidak selalu terlibat dengan masalah ini. Apa-apa pun itu semua atas bijak pandai anda semasa merakam sesuatu gambar.

Beberapa lense yang sesuai untuk wide angle.

1. Nikon 14mm f/2.8D ED AF Nikkor Super Wide Angle Lens 


Harga pasaran : RM5,480.00

2. Nikon 24mm f/1.4G AF-S Nikkor ED Wide Angle Lens



Harga Pasaran : RM6,750.00


3. Nikon 35mm f/1.4G AF-S NIKKOR Wide-Angle Lens
Harga Pasaran : RM5,599.00


4. Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX Wide Angle Auto Focus


Harga Pasaran : RM885.00


5. Nikon 50mm f/1.4G AF-S Auto Focus Nikkor Lens
Harga Pasaran : RM1,980.00


6. Nikon 50mm f/1.8D AF Nikkor Autofocus Lens

Harga Pasaran : RM420.00

Sunday, April 24, 2011

Tag dari seberang

Ini tag yang kedua aku terima dalam minggu ini. Tag ini boleh mencabar juga yang aku terima dari seorang blogger prihatin dan kalau nak kenal beliau ialah Fantastic Ajane, aku suka panggil dia dengan panggilan FA jer. Rasanya semua kawan2 blogger dah kenal siapa dia FA ni. FA sememangnya rajin berblogger. Sesiapa yang singgah dilaman blognya akan dilayan sama rata. Thanks FA kerana sudi tag sini. Saya akan selesaikan semua tugasan ini......

Beberapa soalan kena jawab juga, sebab nak memeriahkan lagi acara ini.(soalan ini disediakan oleh penganjur)

1. Adakah anda rasa HOT?
Hot tu tak adalah sebab sekarang dah musim hujan... 

2. Upload wallpaper lappy/pc?

biasa je bro....

3. Cerita pasal gambar kat wall tu.
Disebabkan aku peminat kartun, so aku letakkan gambar karikatur aku sendiri kat situ.

4.  Bila kali terakhir anda makan ayam?
Last masa pegi TESCO.... ayam panggang BBQ

5. Apa yang anda wat selalin menyelesaikan tag ini?
Sambil bakar roti dan bacuh kopi o kaw...

6. Selain nama sendiri anda dipanggil apa?
Abg.. Wan... Pak Tih.... Gu..... ??????

7. Tag 8 orang rakan blogger


8. Siapakah no satu yang anda tag?
Amyna atau panggilan biasa Myna. Beliau berasal dari utara semenanjung Malaysia. Tapi beliau bekerja di Sabah. Aku kenal dia masa first aku menceburi dunia blogger. Orang lama lah tu.

9. Katakan sesuatu tentang no 5 yang anda tag?
Fahmi aku kenal dia kerana terkejut masa mula-mula dia singgah blog wanda2u, sebab dia ada promosi sebagai perunding perkahwinan.

10. Orang ketiga yang ditag sedang berhubungan dengan siapa?
Itu aku tak pasti, sebab tuan punya badan bagi tau biarlah rahsia.

11. Bagaimana dengan no 4?
O.r.k.i.d.z tidak ada masalah, dia seorang yang peramah dan senang bila BW bersama beliau.

12. Pesanan buat no 6.
Semoga sukses selalu dan maju dalam dunia blogger.

13. Kata-kata cinta buat no 2....
Aikkkk mana boleh.... semuanya sudah berpunya. Tak elok tau..... 

14. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yg ditag di no 1.
Sahabat yang baik...
Mudah dikenali oleh sesiapa saje...
Saya rasa beliau seorang pakar dalam bidang IT....
Pandai masak...(tapi tak pernah makan lagi masakannya)
Rajin BW bila-bila masa........

15. Persamaan antara lembu dan kambing
Semuanya jenis haiwan yang ada empat kaki, suka makan rumput.. wawawawa

16. Perasaan ketika jawab tag ini
Terkejut sebab soalan banyak sangat.

17. Adakah anda tahu Rizman tu sengal..
Tak pastilah pula pasal tu... Semua itu kurnian tuhan..

18. Gay or Les
Manusia biasa yang dilahirkan kedunia ini secara normal...

Lepas segala hutang malam ini.... Kepada yang kena tag... rajin2lah ye....

Saya nak Jadi Bloglist SiManis-Cadburylady

Selamat berhujung minggu semua.....

Kesempatan di hari cuti ini... aku ambil kesempatan ini untuk menyiapkan satu tugasan yang telah aku terima dari seorang bloger yang top lagi comel iaitu Jieha dan tajuk tugasan itu " Saya Nak Jadi Bloglist SiManis Cadburylady ".... Untuk tidak menghampakan Jieha aku mesti menyiapkan sebelum tarikh tutup pernyertaan ini.

Tugasan kali ini bagi aku amat mencabar sekali dan apa yang paling aku suka ialah kerana hadiah boleh dikatakan amat lumayan sekali... Tentang hadiah tu aku ceritakan di akhir tugasan ini. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih buat bloger Jieha kerana telah mengetag aku untuk menyertai pertandigan ini. 


Kepada yang berminat atau telah ditag, jika ingin tahu syarat penyertaan atau maklumat selanjutnya silalah berkunjung ke laman rasmi SiManis Cadburylady.

So.... bloger top yang terpilih oleh aku untuk menyertai program ini dan mesti melapor diri sebelum 30 june 2011, mereka ialah:

Photography profesional  ....... Bloger Cha
Seorang pendidik yang baik hati ......... Bloger FA
Gadis cantik lagi ayu.... Bloger Cik Panadol

Selamat berjaya kepada yang terpilih..... (macam nak lapor khidmat negara pula)

Saturday, April 23, 2011

Banner L.o.v.e.B.u.g


Banner ini aku saje-saje je buat. Nak melatih diri dengan penggunaan Adobe CS3. Nak bagi pro lagi. Dan banner atas ni aku buat disebabkan kesian pada kawan kita Cha kerana dia tak boleh nak buat di lappynya kerana CS3 dia ada problem.. Buat Cha kalau sudi leh ambil n kalau rasa tak berkenan boleh tengok jer... hehehe

Pesta Buku 2011 PWTC


Pesta buku kembali lagi. Pesta buku ini diadakan di PWTC mulai 22 April hingga 1 Mei 2011. Pameran kali ini lebih menarik dari tahun-tahun yang lepas. Seperti biasa banyak gerai-gerai buku ilmiah, majalah, novel, buku pendidikan dan pelbagai lagi yang dijual pameran tersebut. Jika anda ingin merasai kehangatan pameran itu datanglah beramai-ramai bersama ahli keluarga kerana pelbagai aktiviti diadakan. 


Acara pada hari ini, di mana Tun Dr Mahathir telah hadir ke pameran ini untuk meraikan pembeli buku yang membeli buku yang tulis oleh beliau sendiri. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan autograf dan bergambar bersama beliau. 
Pengunjung memenuhi ruang legar PWTC untuk menyaksikan kehadiran Tun Dr Mahathir
menandatangani buku beliau yang dibeli oleh pengunjung.

Tun Dr Mahathir sedang menurun autograf beliau pada buku yang dibeli oleh pengunjung

Senyummmm ...... sempat lagi kakak kita ni bergambar dengan Tun Dr Mahathir

Di sebabkan zaman kanak-kanak dahulu aku adalah peminat setia majalah gila-gila. Dengan itu aku tidak melepaskan peluang mengunjungi gerai gila-gila. Wahhhh semua yang ada di situ pelukis-pelukis terkenal majalah gila-gila. Mereka ini boleh di panggil geng karikatur. Kalau nak tahu apa yang aku buat di gerai gila-gila ni, jom usha gambar bawah ni......

Inilah geng karikatur majalah Gila-gila yang datang ke Pameran Buku 2011 PWTC

Encik Nud... Agaknya karikatur siapakah yang dilukiskannya itu?

Ehhh Bro ni rupanya... Sempat lagi berpose depan gerai Gila-gila

Ewah-ewahhh bergaya sakan bro ni.....

Alamak dah siap rupanya... Inilah karikatur aku buat masa ini.... Cayalah brooo


Kita jumpa di pameran buku 2011 di PWTC.... Jom Broooo






Jangan Mencaci Orang

     
     Jangan sesekali kita mencaci atau mengatakan perkara yang buruk kepada seseorang. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang sangat dikutuk serta dibenci oleh Allah S.W.T. Jika seseorang itu terlibat dengan perbuatan mencaci orang lain, dengan sendirinya menggambarkan keburukkan pada diri sendiri.
       Sedarlah bahawa orang ramai tidak akan menyukai kepada orang yang suka mencaci. Sikap menjauhkan diri dari perbuatan suka mencaci orang merupakan ahklak mulia yang perlu ada di dalam diri setiap orang. Beberapa perkara yang boleh disemai  atau diamalkan sifat tidak suka mencaci orang lain:

a). Memahami bahawa mencaci orang lain adalah perbuatan yang amat terkutuk di sisi Allah S.W.T

b). Menyedari bahawa mencaci orang lain tidak ada faedahnya, malahan akan menimbulkan permusuhan.

c). Menyedari keaiban diri sendiri yang mungkin lebih banyak daripada keaiban orang lain.

d). Menyedari betapa berat dan dasyatnya hukuman Allah S.W.T dan ancaman Rasulullah S.A.W terhadap perbuatan terkutuk ini. 

The Red Warrior meraih kemenangan lagi


Keputusan itu menyaksikan Kelantan mengutip tiga penuh untuk mengumpul 27 mata, sekali gus berada di tangga kedua liga di belakang Selangor yang memiliki kelebihan dua mata. Kemenangan kelapannya setelah membelasah pasukan tercorot liga, Perlis 4-0 pada pertemuan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Empat gol The Red Warriors masing-masing dijaringkan oleh Mohd. Azuan Solahudin , Norshahrul Idlan Talaha , Mohd. Nizad Ayub  dan kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi.

Panduan Pelaburan Emas



Perkongsian hobi aku kali ini ialah tentang membaca buku "Panduan Pelaburan Emas". Buku ini amat sesuai sekali dibaca oleh pelabur-pelabur yang baru didalam dunia pelaburan emas. Ini kerana didalam buku ini banyak memberi panduan tentang pelaburan emas, cara hendak membaca carta dan pelbagai lagi. 

Tajuk Buku : Guide to Investing in Gold and Silver
Penulis : Michael Maloney
Sumber Pembelian : Amazon.com

Ulasan Buku : 

a). The essential history of economy cycles that make gold and silver the ultimate monetary.

b). How the U.S government is driving inflation by diluting our money supply and weakening our purchasing power.

c). Why precious metals are one of the most profitable, easiest and safest investments you can make

d). Where, when and how to invest your money and realize maximum returns, no matter what the state of the economy.

e). Essential advise on avoiding the middleman and taking control of your financial destiny by making your investment directly.


Nota:

Pelaburan adalah sesuatu yang amat peting dalam dunia perniagaan sekarang ini. Tidak salah jika setiap individu ingin menyertai sesuatu pelaburan. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis pelaburan yang sah disisi undang-undang dan terdapat juga pelaburan yang diharamkan oleh kerajaan. Kepada yang baru-baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan adalah digalakkan terlebih dahulu anda membuat rujukan mana-mana pakar pelaburan yang sah sebelum anda menyertainya. Ini untuk menggelakkan anda tertipu dengan skim pelaburan yang tidak sah.







E-Filing LHDM

Aplilkasi E-Filing LHDNM adalah kaedah penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan elektronik melalui Internet yang disediakan secara PERCUMA. Aplikasi ini telah diperkenalkan di dalam Tahun 2003 untuk pembayar cukai Korporat dan seterusnya kepada pembayar cukai individu di dalam tahun 2004.


Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dihantar melalui aplikasi e-Filing akan dilindungi oleh teknologi PKI (Public Key Infrastructure) yang mempunyai sepasang kekunci rahsia yang sukar untuk dicerobohi atau dipecahkan.


Pengguna e-Filing boleh log-in dan menggunakan aplikasi ini dari mana saja setiap hari. Kemudahan ini akan membantu pembayar cukai mengisi, mengira dan menghantar Borang Nyata dengan Mudah, Tepat dan Selamat. Pemprosesan bayaran balik adalah lebih cepat sekiranya Borang Nyata di hantar secara e-Filing. Sebarang pertanyaan semasa menggunakan aplikasi e-Filing boleh dikemukakan melalui telefon ke talian bebas toll :1-300-88-3010.

Keperluan Asas yang perlu ada untuk menggunakan aplikasi e-Filing LHDNM adalah:
• Nombor Rujukan Cukai Pendapatan
• NOMBOR PIN
• Pentium III dan ke atas
• Komputer dan talian Internet
• Microsoft Windows 2000 (Service Pack terkini),
• Microsoft Windows XP (Service Pack terkini)
• Perisian Internet Explorer 5.0 dan ke atas

Mulai Tahun Taksiran 2006 , No PIN diberikan bersama Borang Nyata Cukai Pendapatan B / BE.

Sekiranya Borang Nyata Cukai Pendapatan B/BE 2006 masih tidak diterima selepas 15.3.2006, sila hubungi cawangan LHDNM yang berdekatan untuk menyemak dan mendapatkan Nombor PIN atau hubungi kami di talian bebas tol 1-300-88-3010 untuk bantuan.

Pembayar cukai baru (yang layak dikenakan cukai pendapatan) perlu mendaftar nombor rujukan cukai pendapatan untuk memperolehi NOMBOR PIN. Pedaftaran rujukan Cukai Pendapatan boleh dibuat di cawangan LHDNM yang berdekatan. NOMBOR PIN akan dikeluarkan selepas Fail Cukai Pendapatan didaftar.

Klik sini ke Laman LHDN

Friday, April 22, 2011

Petronas Twin Tower in KLCC




The world's tallest twin building - Petronas Twin Towers is the anchor project of Kuala lumpur City Center or KLCC. Standing at 451.9M high, it has a two towers of  88-storey office building. The 1.8bil Ringgit Petronas Twin Towers building was officially opened on August 31, 1999 by Malaysia's 4th Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohammad. The Petronas Twin Towers was designed by Argentinian architect Cesar Pelli. The original design was 421M tall but later reworked to the present height.



There is a 192ft-long (58.4m) double-decker skybridge linking the Petronas Twin Towers at the 41st and 42nd floor (175m above street level). This skybridge linking the two sky lobbies from each tower facilitates the movement flow between the two towers. The Petronas Twin towers also houses a 864-seat acoustic distinction concert hall - the Dewan Filharmonik Petronas.

Next to the Petronas Twin Towers is the premier shopping mall of Kuala Lumpur City Center - Suria KLCC. The design of the mall utilizes maximum skylight form the spacious center court for natural lighting, to befit the name Suria KLCC - "Suria" means sunshine. Its huge 6-level crescent shaped shopping mall contains over 200 shops of specialty stores, 3 departmental stores, fashion boutiques, cinemas, a 1200-seat food court on the second floor and a 300-seat local food court and theme restaurants on the fourth floor. At the ground  floor of Suria KLCC there are several cafes facing the beautiful KLCC Park



Outside Suria KLCC is the 20-hectare KLCC Park,  part of the KLCCproject designed by the late Brazilian landscapist Roberto Burle Marx.The KLCC Park includes a Symphony Lake with its 2 playful musical fountains at the esplanade just outside Suria KLCC. A 2-acre kiddie playground with colourful child-safe play equipment, a public wadding pool, patterned footpaths and a soft and well design jogging track. Close to 2000 indigenous trees from 74 species are planted in the KLCC park with about 40 trees preserved and replanted from the former Selangor Turf Club.


Thursday, April 21, 2011

Fill that frame

You don't need a high-end, full-frame SLR to shoot stock photography, but you should have a frame-full of your subject. In other words, leave your wide-angle lens in your bag. Don't make a person a tiny speck in the distance. They'll be lost, and so will the point of your image.  This might be okay if you're shooting moody landscape shots, but unless you're very lucky, most people aren't going to buy your personal photos thousands of times over. If you're going to use people in your image, it should be clear to the viewer why they are there. People are best used large in the frame to express a mood or concept - check out annual report and other types of corporate literature.



Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX Lens



AF-S DX NIKKOR 35mm f/1.8G lens, is the first fixed focal length, fast-aperture DX-format lens that affords photographers superb image quality along with the creative possibilities and versatility of the classic 50mm focal length (FX-format equivalent of 52mm). When mounted on a DX-format camera body, it enables photographers to document their world with a lens that produces a picture angle similar to the field of vision as seen through the human eye. Whether new to D-SLRs or a seasoned enthusiast, users will appreciate the extreme low-light performance and the expanded ability to dramatically separate the subject and background with the new 35mm DX lens' wide f/1.8 aperture.
Lightweight, compact and affordable, this lens can easily become a fast favorite for any level of photographer, and is the perfect complement to D60 users who are just starting to learn D-SLR photography or enthusiasts who love their D90. The AF-S DX NIKKOR 35mm f/1.8G lens is ideal for travel, general photography, landscape shooting, portraiture or pushing creative boundaries. The stunning sharpness, clarity and color reproduction are all proof positive of more than 75 years of NIKKOR heritage and experience in optics engineering.
This lens continues the tradition of NIKKOR precision optics to provide photographers with sharp, high-resolution images and the ability to focus as close as 0.98 feet, while the integration of an ultra-compact Silent Wave Motor ensures fast, whisper-quiet AF operation.
The 35mm DX lens construction consists of eight elements in six groups, with one aspherical lens to reduce size and weight, while contributing to the enhanced balance when mounted on a smaller DX-format D-SLR. A rounded diaphragm opening combined with the seven-blade aperture contributes to a substantially more circular bokeh for a more natural appearance of out-of-focus background elements. Additionally, instances of lens flare and chromatic aberration are suppressed using Nikon's exclusive Super Integrated Coatings, which also help ensure vividly accurate color balance.
Features
  • Fast f/1.8 prime NIKKOR lens  a broad range of uses Perfect for low-light conditions, travel, environmental portrait and general photography
  • Engineered for Nikon DX-format digital SLRs Optical formula optimized for use with Nikon DX-format digital SLRs, rendering apicture angle approximating the classic normal angle of view of a 50mm lens on aNikon FX-format digital SLR or a 35mm film camera
  • Aspherical lens element Minimizes coma and other types of lens aberrations, further improving image integrity
  • Nikon Super Integrated Coating (SIC) Enhances light transmission efficiency and offers superior color consistency andreduced flare
  • Exclusive Nikon Silent Wave Motor (SWM) Enables fast, accurate and quiet autofocus
  • Close focusing to one foot For creative perspectives and versatility
  • Rounded 7-blade diaphragm Renders more natural appearance of out-of-focus image elements
MYR : RM899.00
Amazon Price : $


Sample Image




Yang menarik semua di sini...