test

Saturday, January 28, 2012

Bestnya Karnival Karangkraf 2012, Shah Alam



Bestnya Karnival Karangkraf 2012 yang telah diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Acara tersebut bermula dari 27 sehingga 29 Januari 2012. Karnival kali ini amat meriah sekali, terdapat pelbagai acara, pameran dari jabatan kerajaan serta swasta dan jualan buku-buku serta novel-novel yang terhangat dipasaran yang dijual dengan harga yang begitu murah sekali. 



Masih belum terlambat lagi kepada yang belum pergi ke sana, ini kerana Karnival tersebut akan tamat pada 29 Januari. 

Pengunjung pada hari ini amat begitu ramai,bermula semalam dengan kehadiran lebih 15,000 orang pengunjung, ini membuktikan bahawa rakyat kita suka membaca. Disamping itu anda boleh membeli buku-buku kegemaran dan juga boleh bertemu secara langsung dengan Novelis kegemaran anda yang ada bersama di pameran tersebut. 


Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk membeli buku kegemaran dengan 
harga begitu murah sekali.

Kepada peminat kereta mewah juga tidak ketinggalan boleh merasai kehangatan deruman kereta Ferrari yang memenuhi ruang legar karnival tersebut.

Terdapat sebanyak 15 buah Ferrari dibawa khas oleh IBM Automobil segabai gimik perlancaran pada karnival tersebut.

Manakala, kepada pelajar-pelajar yang mendapat boucer Buku 1 Malaysia (BB1M) juga dibenarkan menggunakan boucer tersebut di karnival itu. Lebih Besar...... Lebih Gempak

6 comments:

Teesaz said...

warggghhh nak pergi jugakkkkk!!!!
novellll uhukk.. ==''

teynteyn the doll said...

hehehe teyn memang plan nak pegi sana esok. dah booking abah awal2 suruh bawak pegi sana kekekeke ;)

Wanzi said...

@Teesaz Mesti pergi tu.... sebab macam2 jenis yang ada sana... Lebih Besar... lebih Gempak

Amyna said...

seronoknya di sana kan pren... pelbagai event ada... hurmmm!

Wanzi said...

@Amyna Memang seronok betul pegi sana pren... pelbagai xtvt ada...

Wanzi said...

@teynteyn the doll Baik pegi esok...sebab esok dah last day dah.... nanti terlepas buku2 murah...

Yang menarik semua di sini...