test

Monday, January 9, 2012

Duit syiling bernilai jutaan ringgit

Duit syiling satu sen Amerika Syarikat (RM0.03) 
yang dilelong pada harga RM4.34 juta. Sumber google

Percaya atau tidak, barang yang lama jangan diingat tiada nilainya. Bayangkan duit syiling dahulunya tidak seberapa nilainya, tetapi disebabkan nilai sejarahnya maka nilai untuk dijual semula mencecah jutaan ringgit.

Di Amerika Syarikat satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong pada harga AS$1.38 juta (RM4.34 juta) pada satu lelongan di Florida.

Seorang kakitangan firma Heritage Auctions, James Halperin memberitahu bahawa nama orang yang membelinya tidak didedahkan tetapi dia merupakan seorang pengumpul duit.

Duit tersebut dibuat di Mint di Philadelphia pada 1793 iaitu tahun pertama AS menghasilkan duitnya sendiri.

Seorang pemilik awal duit tersebut ialah seorang ahli perbankan dari Baltimore, Louis E. Eliasberg, Sr.

Eliasberg diberi nama jolokan raja duit syiling sebelum kematiannya pada 1976.

Dalam koleksi simpanannya mengandungi sekurang-kurangnya satu keping contoh duit syiling yang telah dikeluarkan oleh kilang syiling AS, Unites States Mint.

1 comment:

Yang menarik semua di sini...