Benarkah wanita zaman sekarang minat pada lelaki ego dan pemalu?
Jawapannya amat rumit juga untuk dijawab, semuanya terletak pada diri anda bagi lelaki mahupun wanita. Kesemua fakta yang dikongsikan disini adalah dari kajian yang telah dibuat oleh pakar dari luar negara.
"Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman.
Kajian terbaru menunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik.
Menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti British Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu.
Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.
Penyelidik menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden.
Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan.
Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita. "
sumber Harian Metro






12 comments:
yang ego dan pemalu lebih susah didekati,, dan nampak lebih bernilai
Okay, lepas ni dah xmo senyum dah kat pompuan.. nak buat muka kekwat jer kat pompuan..
MySuaraBlog: Drama 2012 Kini Bermula..
cuba bayangkan lelaki pemalu, pastu pompuan plak duk ngorat2 dan mintak number lelaki, haha.. mesti lawak
Fakta ! ^^
@jobmall Baru kajian... tak tau lagi yang sebenarnya
@ZWAN SABRIagak-agaknya boleh berjaya ke teknik ni.... saya tak jamin he3
@Emmetpelik juga kalau perempuan selalu ngorat lelaki.... biasanya lelaki ngorat perempuan baru gentleman
husband saya srg yg PENDIAM & PEMALU compare dgn saya yang (agak) byk bercakap. tapi alhamdulillah, kami bahagia..:D - (awalnya saya tak jangka akan berkahwin dengan beliau sbb sifat kami telalu kontra)
patut Sop ramai peminat.. hehehe
suka senyum tu nmpk gatal dan suka mengurat la wanzi.sbb tu wanita tak suka.ramah sgt pun tak elok.biar nmpk sombong tp ada personaliti menarik
@linglong Dalam kehidupan berumahtangga mesti ada macam tu.... kalau seorang bersikap tegas dan seorang mesti sikap sederhana....
@gnesop.com Wah hebat juga Sop ni..... janji yg paling setia tu satu je :)
Post a Comment