test

Sunday, January 29, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)


Pelaburan Skim Amanah 1 Malaysia (Sara 1Malaysia) telah dilancarkan dan diuruskan syarikat tujuan khas, Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDHSB) dan menawarkan pulangan pelaburan (ROI) 32.16 peratus setahun.

      Menurut Presiden dan Ketua Eksukutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), ROI 32.16 peratus setahun itu, pulangan adalah RM134, baki RM84 akan dibayar kepada bank. Jumlah keuntungan diperolehi RM50 setahun.

    Pihak bank telah mengagihkan pinjaman pelaburan kepada pemohon yang layak. Sara 1Malaysia, adalah unit pelaburan hibrid produk pinjaman untuk kumpulan berpedapatan rendah dengan pendapatan kasar antara RM500 dan RM3000 sebulan. Kadar faedah dianggarkan minimun 12 peratus setahun.

      Presiden dan Ketua Eksukutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkata, skim baru itu bukan  "skim cepat kaya," tetapi satu skim untuk mendidik dan membantu kumpulan berpendapatan rendah melabur.

      Dana itu akan dibuka kepada permohonan mulai Isnin dan dilanjutkan untuk tempoh setahun atau sehingga dilanggan sepenuhnya.

2 comments:

xDer said...

thnx for sharing.. bagus ni. nak try apply lah :)

ZWAN SABRI said...

inisiatif kerajaan yang patut diberi pujian.. :)

Yang menarik semua di sini...