test

Tuesday, February 21, 2012

5 kriteria jam tangan lelaki

sumber google

Aksesori utama lelaki adalah jam tangan. Ramai orang mengatakan jam tangan mencerminkan imej seseorang itu. Terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil tahu sebelum memiliki jam tangan antaranya adalah :

1. Cara hidup
Sekiranya seseorang itu yang suka bersosial dan sering kali menghadiri acara-acara formal, pastikan anda memiliki pelbagai pilihan jam tangan. Elakkan penggunaan jam tangan digital, bertali getah dan berkompas ke acara formal. Pilih jam tangan yang melambangkan nilai eksklusif dan terang, jam tangan mewah.

2. Tahan karat
Jam tangan daripada material keluli tahan karat lebih praktikal berbanding kulit dan lebih tahan lama. Sesuai dipakai dengan sut formal dan kasual untuk acara lain.

3. Jenis muka Jam tangan
Permukaan jam tangan perlu disesuaikan dengan saiz pergelangan tangan pemakai. Jika lelaki berbadan besar perlu mengelakkan jam tangan yang bermuka sederhana kerana ia akan kelihatan seperti jam tangan wanita. Jam tangan dengan muka yang lebih besar nampak lebih bergaya.

4. Kalis air
Kalis air adalah bagi mengelakkan jam tangan tesebut rosak akibat basah apabila terkena hujan atau terjatuh ke dalam air. Fungsi ini amat penting kepada lelaki, sesuai dengan gaya hidup yang lasak.

5. Tali dan Warna muka
Warna muka, jarum, tali dan digit pada jam sering menjadi perhatian . Untuk acara formal, pilih kombinasi satu warna sahaja dan paling penting tidak kontra dengan pakaian. Jam tangan dengan variasi warna boleh digayakan untuk acara lebih santai.

6 comments:

Niza Romli said...

jam pun takleh pakai ikutdan jgk ye. kena ikut kesesuaian majlis.

suka jam kalis air.

Wanzi said...

@Niza Romli sebenarnya kena ikut kesuaian diri masing2..... paling penting tahan calar

burnkelana said...

aku suka jam yg agak2 sporty gitu..

Wanzi said...

@burnkelana Jam tangan jenis sport memang kesukaan ramai... nampak lagi lasak kalau orang lelaki pakai...

escorts in mumbai said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Gurgaon Escorts said...

People come to me and say that now good posts are not available. Now I will give them link of this post. Surely, my step will change their thinking.

Yang menarik semua di sini...