test

Saturday, February 4, 2012

Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi sesi 2012/2013 dibuka

Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Februari hingga 20 Februari ini bagi tujuan kemaskini maklumat tambahan.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mengisi borang permohonan melalui internet diminta mengemaskini maklumat tambahan melalui laman web KPM Bahagian matrikulasi di http://apps.moe.gov/permohonanmatrikulasi/kemaskini


Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM, kata kenyataan bahagian itu di sini hari ini. 

Kenyataan itu berkata mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-88844083/4036/4040 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu bekerja.

No comments:

Yang menarik semua di sini...