test

Sunday, February 12, 2012

Langkah-langkah atasi stress



Panduan ini adalah untuk mereka yang sering mengalami stress, terutama mereka yang menghadapi tekanan kerja. Stress secara mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu. Stress perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan mental individu terlibat.


20 Langkah-langkah mengatasi stress.

1. Fahami Punca Stress
  • Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
  • Cari masalah dalam diri satu persatu.
  • Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.
2. Letakkan Keutamaan
  • Senaraikan keutamaan untuk dilakukan.
  • Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
  • Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

3. Selesaikan Masalah Satu Persatu.
  • Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
  • Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
  • Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan  pertelingkahan dan masalah.

4. Menangis
  • Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah. Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
  • Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

5. Ketawa
  • Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
  • Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
  • Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

6. Bersenam Atau Beriadah
  • Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
  • Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
  • Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

7. Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
  • Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata.
  • Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh.
  • Menjerit, cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. 
  • Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

8. Curahkan Perasaan Dalam Diari.
  • Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari.
  • Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda.
  • Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

9. Luahkan Pada Sahabat Karib.
  • Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
  • Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
  • Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

10. Meditasi Atau Bertafakur.
  • Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
  • Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
  • Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

11. Tahu Had Kemampuan.
  • Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
  • Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
  • Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir  melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

12. Berusaha Dan Berserah.
  • Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
  • Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
  • Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

13. Bersantai
  • Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
  • Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
  • Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

14. Ambil Mudah.
  • Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
  • Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
  • Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

15. Mengadu Kepada Kaunselor.
  • Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
  • Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
  • Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

16. Berurut.
  • Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
  • Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
  • Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stresss.

17. Refleksologi Atau Akupuntur.
  • Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
  • Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung. Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

18. Hipnosis
  • Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
  • Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
  • Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

19. Terima Keadaan Seadanya.
  • Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
  • Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
  • Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

20. Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
  • Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
  • Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. 
  • Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Penutup
Segalanya terpulang kepada anda untuk mengatasi masalah stress ini. Ianya bukanlah satu perkara yang remeh dan boleh dianggap enteng. Ianya terlalu berkait rapat dengan mereka di sekeliling kita. Akhir kata “Hidup lebih ceria jika anda mampu menguruskan stress

Penafian
Langkah – langkah yang dinyatakan di sini kemungkinan hanya sesuai untuk sesetengah pihak dan mungkin tidak bagi pihak yang lain. Kami tidak bertanggung jawab jika anda mengalami kerugian fizikal dan mental. Rujukan ini bukanlah naskah asal. Ia merupakan hasil terjemahan secara bebas dan diolah mengikut kesesuaian masyarakat setempat dan pengalaman peribadi. Sumber asal naskah ini tidak dapat dikesan.

5 comments:

Mrs Nury said...

Kalau saya, lebih suka bersendirian bila stress. Saya akan pasang+denagr azan berulang kali. Rasa lega, lapang & tenang..

Niza Romli said...

selalunya...mengadu kat suami dulu kemudian menangis..hehe

Wanzi said...

@Mrs Nury Begitulah caranya yang paling elok.... setiap orang ada caranya tersendiri....

Wanzi said...

@Niza Romli itulah yang paling elok.... jika ada masalah lebih baik berkongsi dgn org yg paling rapat dgn kita

Nazri said...

kena control mind.. biasa klu stress akan alih mind pk benda-benda yang tak stress terutama makanan..huhu.. lepas kenyang insyaAllah boleh fokus cam na nak hilangkan stres tu

Yang menarik semua di sini...