70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) telah dikemukan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Model telefon berkenaan dilihat sendiri menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran.
SKMM terus memantau pendaftaran itu menerusi internet, mengikut laporan terkini seramai 187,000 orang belia telah mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar.
1,000 wakil penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara telah disenaraikan oleh pihak kementerian.
Syarat pembelian telefon menerusi pakej PKB daripada RM500 ke bawah kepada tiada had harga telah dilonggarkan oleh kerajaan.
Belia yang telah mendaftar dengan pakej ini boleh menyemak model-model telefon serta senarai penjual di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html
Kepada belia yang layak agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar.
Pihak kementerian memberi tempoh selama 30 hari untuk menebus rebat RM200 yang diterima, penebusan itu boleh dibuat dengan wakil-wakil penjual yang dilantik setelah belia mendaftar.






No comments:
Post a Comment